Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

SEJARAH PENUBUHAN

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Sejarah Jabatan Kerja Raya Malaysia

Jabatan Kerja Raya ditubuhkan pada tahun 1872 dan diketuai oleh Major J.F.A McNair. Peristiwa yang menyebabkan penubuhan JKR bermula pada awal tahun 1872 apabila pihak British East India Company - dagangan di antara England, India, dan China - memerlukan sebuah stesen yang selamat untuk memperbaiki kapal-kapal dagangan mereka. Mereka menemui Pulau Pinang sesuai untuk tujuan tersebut disebabkan kedudukannya yang strategik. Pada 1786, mereka memujuk Sultan Kedah untuk melepaskan hak ke atas Pulau Pinang kepada syarikat mereka. Mereka berjaya mendapat Pulau Pinang pada 1791 melalui satu perjanjian. Pada 1825, melalui Anglo-Dutch Treaty, Melaka dikembalikan kepada British melalui pertukaran dengan Bencoolen. Rafel, pada 1819, membuat satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman untuk memberi hak British ke atas Singapura. Tiga buah daerah ini (Pulau Pinang, Melaka, Dan Singapura) menyebabkan penubuhan Straits Settlement pada 1826. Sebab lain yang membawa British menguasai rantau ini adalah kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil bijih timah dan tanah penanamannya yang subur . Penurapan jalan sewaktu Pangkor Engagement (1874) menambahkan lagi pengaruh Inggeris dalam Tanah Melayu. Sepanjang tahun ini, mereka merancang untuk membina laluan berturap termasuk di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Oleh yang demikianm, residen dan Subordiante Officers dihantar untuk berunding dan menasihati raja-raja Melayu. Selepas itu, sistem residen diterima pula di Pahang. Pada tahun 1896, sistem itu telah ditadbir secara berpusat iaitu di Kuala Lumpur. Kesemua empat negeri dan Kuala Lumpur akhirnya dikenali sebagai Tanah Melayu Bersekutu.


Sejarah Jabatan Kerja Raya Kelantan

Manakala JKR Kelantan pula telah ditubuhkan pada tahun 1938 yang berfungsi untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana negeri. Sebahagian dari tugas-tugas Jabatan ini yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan parit dan taliair telah diasingkan untuk penubuhan Drainage and Irrigation Department -DID (JPT -Jabatan Parit dan Taliair yang sekarang dikenali sebagai Jabatan Pengairan dan Saliran -JPS) pada tahun 1956. Pada peringkat awal penubuhannya JKR Kelantan yang diketuai oleh seorang 'State Engineer' mempunyai pejabat cawangan yang dibahagi kepada 3 Wilayah iaitu JKR Kelantan Barat, JKR Kelantan Tengah dan JKR Kelantan Utara diketuai oleh seorang Executive Engineer sebelum penubuhan Pejabat JKR dan kemudian Pejabat JKR Jajahan bagi setiap Jajahan di Negeri Kelantan dengan diketuai oleh Jurutera Jajahan.


Maklumat Penubuhan JKR Kelantan
Tahun Wilayah & Jajahan Pentadbiran
1951 Wilayah Barat - JKR Kelantan Barat Pasir Mas, Tumpat, dan Tanah Merah
1951 Wilayah Tengah - JKR Kelantan Tengah Machang, Kuala Krai/Ulu Kelantan
1951 Wilayah Utara - JKR Kelantan Utara Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok

 


Maklumat Penubuhan Pejabat JKR dan JKR Jajahan
Penubuhan Pejabat JKR Penubuhan JKR Jajahan
1951 - JKR Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat 1970 JKR Jajahan Tanah Merah
1970 JKR Pasir Mas/Tumpat
1984 JKR Jajahan Pasir Mas
1984 JKR Jajahan Tumpat
1996 JKR Jajahan Tanah Merah
1996 JKR Jajahan Jeli
1951 - JKR Kelantan Tengah 1963 JKR Jajahan Machang
1963 JKR Kuala Krai/Ulu Kelantan
1978 JKR Kuala Krai
1978 JKR Gua Musang
1963 - JKR Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok 1978 JKR Jajahan Kota Bharu
1978 JKR Pasir Puteh/Bachok
1986 JKR Jajahan Pasir Puteh
1986 JKR Jajahan Bachok

 


Kronologi Pengarah JKR Kelantan
Tahun Berkhidmat Nama Pengarah
Disember 2019 - Julai 2020 Ir. Zailan Bin Ab Rahman
2015 - September 2019 Dato' Ir. Hj. Razani Bin Ab Lazid
2011 - 2015 Dato' Ir. Syed Abd Rahman Bin Syed Abdullah
2010 - 2011 Hj. Shafii Bin Mohamad
2009 - 2010 Dato' Ir. Hj. Zulkefli Bin Ahmad
2009 Hj. Adnan Bin Ibrahim
2007 Dato' Dr. Azmi Bin Hassan
2004 Dato' Ir. Annies Bin Mohd Arif
1996 Dato' Ir. Hj. Yusoff Bin Ismail
1992 Ir. Hj. Yusoh Bin Mohd Hashim
1985 Dato' Ir. Tan Yan Fatt
1983 Ir. Micheal Yu Wen Chieh
1977 Ir. Lim Meng Fatt
1975 Dato' Hj. Khalid Bin Mohamed
1971 Abd. Rashid Bin Hj. Ariffin
1970 Shamsuri Bin Hj. Ali
1969 Tajul Bin Hj. Abu
1966 Shahril Bin Mohd Amin
1965 Foo Fook Foo
1965 A.J. Colman
1963 Ismail Bin Saad
1962 L.R. Stewart
1959 Ahmed Bin Ab. Aziz
1957 D.J.M. Carvil
1957 P.R.S Wigmore
1954 J.H.M. Burton
1952 N.G Ferguson

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today114
Yesterday142
This week894
This month2215
Total378844

19 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search