Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN PERDANA PROJEK-PROJEK DI BAWAH SELIAAN JKR NEGERI KELANTAN

Majlis Penyerahan Perdana Projek-projek Di Bawah Seliaan JKR Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YABrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan. Sebanyak sepuluh (10) projek telah dapat diserahkan kepada pihak pelanggan melibatkan sembilan (9) projek dibawah Pengurus Program Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan(CSFB) dan satu (1) projek dibawah Pengurus Program Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1). Majlis turut dihadiri oleh pihak pelanggan iaitu En. Azmi bin Hassan - Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan, En Mohamad Norazam bin Abdullah - Ketua Penolong...

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGARAH JKR NEGERI KELANTAN OLEH KETUA PENGARAH KERJA RAYA

Telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, bertempat di Aras 33, Menara Kerja Raya. YABrs. Nik Badlihisam bin Nik Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan berkuat kuasa 21 Oktober 2025. Sesungguhnya, pelantikan ini menjadi pendorong kepada seluruh warga JKR Negeri Kelantan untuk terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta...

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PEMBINAAN BLOK ASRAMA BAHARU MAAHAD AHMADI TANAH MERAH

TANAH MERAH – Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Blok Asrama Baharu Maahad Ahmadi Tanah Merah telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Ogos 2025, menandakan selesainya projek pembinaan satu (1) blok bangunan asrama yang moden, selesa dan lengkap dengan kemudahan asas bagi kegunaan pelajar-pelajar institusi berkenaan.   Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor First Target Resources dengan penyeliaan rapi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan serta dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK), sebagai inisiatif memperkukuh kemudahan prasarana pendidikan agama di...

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG SEKOLAH DI NEGERI KELANTAN

PASIR MAS – Majlis Penyerahan Projek Siap Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas, Kelantan. Majlis ini melibatkan penyerahan lima buah dewan serbaguna kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Kelantan, sebagai inisiatif memperkukuh kemudahan pendidikan yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelajar.   Sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyerahan projek ini ialah:   1. Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas 2. Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas 3. Sekolah...

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Menara Radar Cuaca bagi Peningkatan Kecekapan Sistem Rangkaian Radar Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia di Kota Bharu, Kelantan

KOTA BHARU, 15 Mac 2021 - Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Menara Radar Cuaca bagi Peningkatan Kecekapan Sistem Rangkaian Radar Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia di Kota Bharu, Kelantan. Penyerahan projek ini disempurnakan oleh YBrs Jurutera Jajahan JKR Kota Bharu kepada YBrs En. Maqrun Fadzli Bin Mohd Fahmi, Pengarah Bahagian Radar dan Satelit & Mateorologi Malaysia. Penghargaan dan ucapan Tahniah kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Projek ini Berjaya disiapkan dan diserahkan secara 4 dalam 1 yang merangkumi: 1)            Sijil...

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, 03 Februari 2021 – JKR Negeri Kelantan hari ini telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan iaitu YBrs. Encik Said bin Sidup bertempat di Bilik Gerakan Aras 2 JKR Negeri Kelantan. Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan sendiri bersama pegawai dan kakitangan JKR Negeri Kelantan. Tujuan kunjungan tersebut diadakan adalah untuk membina jaringan kerjasama serta memperatkan lagi hubungan yang sedia ada.

Bengkel Penyediaan Pelan Pengurusan Risiko bagi Projek Membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan (Kerja-kerja Pembaikan) Secara Reka dan Bina

KOTA BHARU, 05 Ogos 2020 - Bengkel Penyediaan Risiko bagi Projek Membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan ( Kerja-Kerja Pembaikan ) Secara Reka Dan Bina telah berlangsung pada 05 Ogos 2020. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu dan dianjurkan oleh Bahagian Jalan JKR Kelantan dengan kerjasama kontraktor  utama Usaha Anggun Sdn. Bhd. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Ir. Mohd Suhaili Bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Kelantan. Seramai  30 orang peserta yang terlibat dan terdiri daripada Bahagian Jalan JKR Kelantan,...

KUNJUNGAN HORMAT OLEH YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Ahad, 28 Jun 2020- Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah diadakan bermula pada jam 5.30 petang di Bilik Gerakan, JKR Kelantan.   Ketibaan YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed disambut baik oleh Ir. Haji Zailan Bin Ab. Rahman selaku Pengarah JKR Kelantan bersama Ketua Bahagian dan Jurutera Jajahan. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan projek-projek utama yang telah dilaksanakan di Negeri Kelantan.  

Pertandingan Memancing anjuran Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR Kelantan

TUMPAT, 14 Mac 2020 – Lebih 1,000 peserta memenuhi persisiran Pantai Geting, Tumpat, Kelantan bagi pertandingan memancing anjuran Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR Kelantan. Peserta telah dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM40 bagi satu joran.   Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub, selaku Timbalan Yang Dipertua MSK JKR Kelantan. Pertandingan yang bermula seawal pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari ini menyediakan hadiah berjumlah lebih RM8,000 kepada para pemenang sehingga tempat ke - 30 berupa wang tunai. Selain itu, pihak Majlis Sukan dan...