Kursus Amalan Terbaik Penyeliaan Kerja Bangunan (Modul 1) untuk Penolong Jurutera Awam, Zon Timur Sesi 1/2020
11.03.2020: Kursus Amalan Terbaik Penyeliaan Kerja Bangunan (Modul 1) untuk Penolong Jurutera Awam, Zon Timur Sesi 1/2020 telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 09 Mac 2020 sehingga 11 Mac 2020. Kursus tersebut telah diadakan di Rumah Puspanita,JKR Kelantan dan dianjurkan oleh pihak CREaTE. Seramai 47 orang peserta yang terlibat dan terdiri dari JKR Kelantan dan JKR Terengganu. Selama kursus tersebut dijalankan, 2 orang penceramah yang berpengalaman luas telah dijemput iaitu Ir.Rosiah Binti Abu Samah dan Ir. Mohd Hafiz Bin Shafie.
Kursus tersebut merangkumi 10 sesi...