Skip to main content
10 October, 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM EKSA DIY JKR NEGERI KELANTAN

10 October, 2019

JKR KELANTAN, 09 Oktober 2019 - Bahagian Pengurusan Korporat telah mengadakan Majlis Pelancaran Program EKSA DIY Peringkat JKR Negeri Kelantan bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pegawai dan kakitangan JKR. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj Nik Soh Bin Yaacoub selaku Penaung EKSA DIY JKR Negeri Kelantan. Majlis telah diadakan di Bangunan Puspanita JKR Kelantan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu Negeri Kelantan "Selamat Sultan". Acara turut diselangi dengan bacaan doa, ucapan perasmian oleh Tn. Hj Nik Soh Bin Yaacoub, Gimik Pelancaran EKSA DIY Peringkat Ibu Pejabat JKR Negeri Kelantan 2019, sesi bergambar dan makan pagi.

Rujuk https://photos.app.goo.gl/LT5appLLhbkgqDa2A