Skip to main content
20 November, 2025

MAJLIS PENYERAHAN PERDANA PROJEK-PROJEK DI BAWAH SELIAAN JKR NEGERI KELANTAN

20 November, 2025

Majlis Penyerahan Perdana Projek-projek Di Bawah Seliaan JKR Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YABrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan. Sebanyak sepuluh (10) projek telah dapat diserahkan kepada pihak pelanggan melibatkan sembilan (9) projek dibawah Pengurus Program Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan(CSFB) dan satu (1) projek dibawah Pengurus Program Cawangan Kerja Bangunan Am 1 (CKBA 1).

Majlis turut dihadiri oleh pihak pelanggan iaitu En. Azmi bin Hassan - Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan, En Mohamad Norazam bin Abdullah - Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Superintenden Abdul Rahim bin Abdul Rahman (AMP, PPP, PJPN) Pegawai Pemerintah, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am Polis Di Raja Malaysia, Tuan Amal Razim bin Alias - Pegawai Undang-undang L12, Mahkamah Majistret Kuala Krai, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Faris bin Ishak - Timbalan Pengarah, Pejabat Pertahanan Awam Negeri Kelantan dan En. Aidi Emizul bin Rasidi – Penolong Pengarah, Sumber Manusia dan Pengurusan KEMAS Negeri Kelantan. Selain itu, majlis turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan dari JKR Kelantan serta wakil-wakil kontraktor.

Melalui kerjasama erat antara JKR Negeri Kelantan dan semua pihak yang berkaitan, pelbagai cabaran dan halangan berjaya diatasi dengan cemerlang. Kejayaan ini dapat diterjemahkan menerusi penyerahan perdana  sepuluh (10) projek yang menandakan satu pencapaian besar hasil dedikasi dan komitmen berterusan semua pihak. Dengan penyerahan projek-projek ini ianya akan lebih memberi manfaat dan juga keselesaan kepada semua pelanggan-pelanggan yang terlibat serta kepercayaan penuh kepada pihak JKR sebagai agensi pelaksana.

JKR Negeri Kelantan akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan setiap projek infrastruktur dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan menepati keperluan semasa, demi manfaat jangka panjang kepada pelanggan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada JKR Negeri Kelantan serta Kontraktor-kontraktor di atas kejayaan menyiapkan projek ini.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat

 

penyerahan

penyerahan

penyerahan

penyerahan

penyerahan

penyerahan