04 August, 2025
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG SEKOLAH DI NEGERI KELANTAN
04 August, 2025
PASIR MAS – Majlis Penyerahan Projek Siap Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas, Kelantan. Majlis ini melibatkan penyerahan lima buah dewan serbaguna kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Kelantan, sebagai inisiatif memperkukuh kemudahan pendidikan yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelajar.
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyerahan projek ini ialah:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Kedondong, Pasir Mas
2. Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai
4. Sekolah Kebangsaan Tangok, Bachok
5. Sekolah Kebangsaan Gunong, Bachok
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YB Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
1. YB Dato' Haji Wan Roslan bin Wan Hamat – EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital & Inovasi Negeri Kelantan
2. YBhg. Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim – Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Dr. Mohd Azam bin Ahmad – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
4. YBhg. Dato' Dr. Ir. Balamurugan A/L A. Gopal – Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya (JKR)
5. Ir. Haji Zakaria bin Semail – Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Kelantan
6. Ts. Mohd Sabry bin Che Musa – Jurutera Jajahan, JKR Pasir Mas
7. Ir. Mohd Azimuddin bin Yunus – Jurutera Jajahan, JKR Bachok
Selain itu, majlis turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan dari JKR Kelantan, wakil-wakil daripada pihak kontraktor, serta pengetua dan guru besar dari sekolah-sekolah yang terlibat.
Kehadiran pihak-pihak berkaitan dalam majlis ini telah memberikan sokongan padu terhadap kejayaan pelaksanaan projek ini. Usaha bersama ini diharapkan dapat memberikan impak positif, khususnya dalam meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada warga sekolah.
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JKR Jajahan Pasir Mas, JKR Jajahan Bachok, JKR Jajahan Kuala Krai, kontraktor utama serta semua pihak yang terlibat atas usaha gigih dan kerjasama erat dalam menjayakan pelaksanaan serta penyiapan projek ini.
Melalui kerjasama erat antara JKR Kelantan dan semua pihak yang berkaitan, pelbagai cabaran dan halangan berjaya diatasi dengan cemerlang. Kejayaan ini dapat diterjemahkan menerusi penyerahan rasmi lima buah dewan serbaguna yang menandakan satu pencapaian besar hasil dedikasi dan komitmen berterusan semua pihak.
JKR Kelantan akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam memastikan setiap projek infrastruktur pendidikan dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan menepati keperluan semasa, demi manfaat jangka panjang kepada warga pendidik dan para pelajar.







