Skip to main content
27 October, 2025

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGARAH JKR NEGERI KELANTAN OLEH KETUA PENGARAH KERJA RAYA

27 October, 2025

Telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, bertempat di Aras 33, Menara Kerja Raya.

YABrs. Nik Badlihisam bin Nik Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan berkuat kuasa 21 Oktober 2025.

Sesungguhnya, pelantikan ini menjadi pendorong kepada seluruh warga JKR Negeri Kelantan untuk terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta menjayakan agenda pembangunan negara.
 
Seluruh warga JKR Negeri Kelantan menzahirkan komitmen penuh kepada YABrs. Nik Badlihisham bin Nik Ismail dalam menerajui jabatan ke arah kecemerlangan dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.