Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

Majlis Persaraan Dato Pengarah JKR Kelantan.

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

JKR KELANTAN -  Pada 25 September 2019 (Rabu), telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan YBhg. Dato' Ir. Hj. Razani Bin Ab. Lazid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.

Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah selepas 5 tahun berbakti di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Pada majlis tersebut, pelbagai aturcara telah dilaksanakan bagi meraikan Dato Pengarah, antaranya ialah aerobik, sepak raga bagi lelaki, persembahan dikir barat, sesi pemotongan kek, penyampaian cenderahati dan sijil, jamuan makan serta tayangan video.

Pada 26 September 2019 (Khamis) juga telah diadakan sesi lawatan terakhir oleh beliau ke setiap Bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan serta sesi clock out beliau. Seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Razani Bin Ab. Lazid,  atas sumbangan, jasa, khidmat bakti serta komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di JKR Kelantan.

Rujuk https://photos.app.goo.gl/p8igKWQAQvjqNmJQ6

 

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today34
Yesterday167
This week471
This month2826
Total379455

24 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search