- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Kerja-Kerja Naik Taraf Bilik Kebal dan Pintu Masuk Utama serta Kerja-Kerja Berkaitan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan Blok 4, Kompleks Kota Darul Naim telah diadakan pada hari ini 4 Mac 2025.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Nik Soh bin Yaacoub, Pengarah JKR Negeri Kelantan, yang menyerahkan projek berkenaan kepada YBM Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Pegawai Kewangan Negeri Kelantan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat yang memeriahkan suasana. Antara yang hadir ialah:
1.Yang Berusaha Encik Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri Kelantan
2.Yang Berusaha Ir. Ts. Noor Maziana binti Mazlam, Jurutera Awam, JKR Jajahan Kota Bharu
3.Yang Berusaha Encik Syaiful Nizam bin Mohamad Zulkifli, Pengarah Urusan Putih Maju Enterprise, selaku Kontraktor Utama Projek
Selain itu, majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Perbendaharaan Negeri Kelantan dan Jabatan Kerja Raya, serta wakil daripada pihak kontraktor.
Kehadiran pihak-pihak berkaitan dalam majlis ini menunjukkan sokongan padu terhadap penyiapan projek penting ini. Usaha bersama ini diharapkan dapat membawa impak positif, khususnya dalam meningkatkan aspek keselamatan serta keselesaan bagi kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan.
Melalui kerjasama erat antara JKR Kelantan dan semua pihak yang terlibat, pelbagai cabaran dan halangan berjaya diatasi dengan cemerlang. Kejayaan ini diterjemahkan hari ini melalui penyerahan rasmi projek, yang menandakan satu pencapaian besar hasil dedikasi serta komitmen semua pihak.
JKR Kelantan akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan pembangunan infrastruktur yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.
JKR Negeri Kelantan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada JKR Jajahan Kota Bharu, JKR Negeri Kelantan, Perbendaharaan Negeri Kelantan, pihak kontraktor utama serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama erat dalam memastikan kejayaan penyiapan projek ini.

- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>







- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
PASIR MAS, 01 November 2023 : Satu Majlis Penyerahan Projek Siap kepada Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead) bagi projek Pembinaan Kem Wawasan Negara Pasir Mas, Kelantan telah berlangsung di Tapak Projek.
Majlis telah disempurnakan oleh YABrs. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Ir. Mohd Suhaili bin Ismail kepada Ketua Pengarah, Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead) Tuan Hj. Mohd Haswandi Bin Hj. Ahmad
Turut menyerikan majlis ialah:
-YBhg. Dato’ Hj. Noor-Ihsan Bin Hj. Che Mat
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead)
- Yang Berusaha Ts. Mohd Sabry Bin Che Musa
Jurutera Jajahan JKR Pasir Mas
-Yang Berusaha Encik Ahmad Khairuddin Bin Mohammed
Ketua Kem Wawasan Pasir Mas
-Yang Mulia Tengku Azman Bin Tuan Jaffar
Pengarah Urusan, Prima Canggih Sdn. Bhd. sebagai Kontraktor Utama Projek
Pegawai-pegawai dari Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead), Pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, Pegawai-pegawai dari JKR Negeri Kelantan dan JKR Jajahan Pasir Mas serta wakil-wakil dari Pihak Nominated Sub-contractor (NSC)
Projek Pembinaan Kem Wawasan Negara Pasir Mas, Kelantan ini dilaksanakan secara Tender Terbuka. Kontraktor yang berjaya adalah syarikat Prima Canggih Sdn. Bhd. Majlis pada pagi ini merupakan simbolik kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat di atas kejayaan bersama dalam menyiapkan projek.
Penyiapan projek ini akan memberikan makna yang besar kepada pihak I-Lead, selaku sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. I-Lead telah merancang pelbagai program latihan kepada pihak-pihak institusi serta belia, terutama bagi zon negeri Kelantan dan semoga dengan siap dan serahnya projek kem ini, akan dapat menterjemahkan segala perancangan yang telah diatur.
Oleh yang demikian, kami di JKR Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan atas kerjasama semua pihak yang telah berusaha untuk menyiapkan projek ini.
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 01 November 2023 satu Majlis Penyerahan Projek Siap kepada Pelanggan (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) bagi projek Pemasangan LED Screen di Dewan Bungan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim telah berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YABrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan kepada Yang Mulia Dato Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).
Sesi penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Muhammed Imran Bin Mansoor Penolong Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan SUK Kelantan, YBrs. Puan Fatimah Binti Mohd Noor Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Korporat SUK Kelantan, YBrs. Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub Timbalan Pengarah JKR Negeri Kelantan, YBrs. Encik Mohd Zaki Bin Ismail Ketua Penolong Pengarah JKR Kelantan, YBrs. Ir. Baidhil Aimie Bin Mustapha Ketua Jurutera Elektrik Negeri JKR Cawangan Kejuruteraan Negeri Kelantan serta Ecojitu Enterprise selaku pihak kontraktor.
Projek Pemasangan LED Screen di Dewan Bunga Teratai ini merupakan projek perintis pemasangan LED Screen dan merupakan yang pertama di bangunan negeri milik Kerajaan Negeri Kelantan. JKR Negeri Kelantan juga menyedari betapa Kompleks Kota Darulnaim adalah mercu tanda pentadbiran bagi Kerajaan Negeri Kelantan dan semestinya ia menjadi simbol pandangan masayarakat luar negeri kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Oleh hal yang demikian setiap projek yang dilaksanakan untuk kegunaan Pejabat SUK Kelantan kami di JKR akan cuba sedaya upaya memberi yang terbaik. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

