Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KLINIK KESIHATAN (JENIS 7 TERATAI)

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
3 JUN 2023 (Sabtu) Telah berlangsungnya satu Majlis Penyerahan Projek Siap bagi 5 buah projek klinik kesihatan bagi 3 jajahan di negeri Kelantan iaitu:- 1) Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Mata Ayer, Machang. 2) Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Kerilla, Machang. 3) Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Dengan Kuarters Karangan, Kuala Krai. 4) Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Peria, Kuala Krai. 5) Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Sokor, Tanah Merah. Projek yang dilaksanakan secara konvensional tender terbuka ini terdiri daripada bangunan klinik 5 aras yang mengandungi ruang berikut ; i. Aras satu iaitu ruang parking ii. Aras dua iaitu ruang klinik mengandungi a) Bilik Pendidikan Kesihatan b) Bilik Penyusuan c) Bilik Pemeriksaaan d) Bilik Kecemasan e) Bilik Prosuder iii. Aras 3 terdiri daripada 2 unit kuarters Kelas G iv. Aras 4 terdiri daripada 2 unit kuarters Kelas G v. Aras 5 Tangki air selain terdapat juga blok sokongan iaitu Rumah Sampah, Rumah Pam serta TNB Compact-Sub. Majlis penyerahan projek siap ini disempurnakan oleh YB. DR ZALIHA BINTI MUSTAFA, Menteri Kesihatan Malaysia dan turut di hadiri oleh YB. DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD, Timbalan Menteri Kerja Raya, YBhg. DATO' ZAINAL ALHAKAB SEMAN, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. IR. HAJI BADIOEZAMAN BIN AB. KHALIK, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur Menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBhg. DATUK DR NORHAYATI BINTI RUSLI Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. IR. SHUKRI BIN ISHAK Yang Menjalankan Tugas Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Jabatan Kerja Raya Malaysia, YBhg. DATO' DR. ZAINI BIN HUSSIN Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBrs EN. MOHD RASHIDI BIN YAHAYA Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. IR. MOHD SUHAILI BIN ISMAIL Pengarah Kerja Raya Negeri Kelantan, DATUK AHMAD JAZLAN YAAKUB, Pengerusi FELCRA, YBrs. IR. KHAIRUL NIZAN BIN KHAIRUDIN Pengarah JKR Kesedar Tanah Merah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Wakil-wakil Jabatan, Kontraktor Utama, dif-dif jemputan serta orang ramai. Seusai perasmian dan lawatan ke bangunan klinik kesihatan, YB Menteri menyampaikan hasrat kerajaan agar kemudahan infrastruktur kesihatan lengkap yang dibangunkan kerajaan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh penduduk tempatan bagi menampung keperluan kesihatan. YB Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan hasrat murni kerajaan kepada rakyat, terutamanya pihak pasukan projek Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, KKM, JKNM, KESEDAR, kontraktor dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today32
Yesterday147
This week787
This month258
Total380849

03 May 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search