Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+
Majlis Perasmian

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT) PELBAGAI KELAS KEM TUMBI, JELI KELANTAN

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
Majlis dengan jayanya diserahkan pada 20hb. Mac 2023 (Isnin) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Kem Tumbi Jeli. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Brigedier Jeneral Yazid bin Yusuf, Panglima Briged Ke-30 Infrantri, Markas Briged Ke-30 Infrantri. Turut menyerikan majlis adalah Ir. Puan Maria binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, Ir. Mohd Suhaili Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Ir. Zamani bin Omar, Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Kelantan, Ts. Haji Rosli bin Awang, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Cawangan Kerja Keselamatan, Leftenan Kolonel Nor Azimi bin Idris, Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Sempadan Kem Batu Melintang, Syed Akmal bin Syed Yusuf, Pengarah Urusan Cakna Enterprise Sdn Bhd dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia serta Kontraktor Utama. Projek ini dijalankan bagi menyediakan kemudahan kediaman sebanyak yang bersesuaian dengan kelayakan bagi setiap pegawai anggota di Kem Batu Melintang dan Kem Tumbi Jeli, Kelantan. Pembinaan perumahan ini akan berupaya meningkatkan kualiti hidup warga tentera darat selaku aset terpenting dalam pertahanan negara. Penyediaan kediaman yang selesa mampu meningkatkan moral dan mutu kerja yang tinggi di samping mengurangkan perilaku pelanggaran disiplin. Ianya berupaya menjimatkan kos pengurusan dalam jangka masa panjang.

bergambar

bergambar

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today15
Yesterday163
This week958
This month2279
Total378908

20 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search