Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL TANAH MERAH, KELANTAN (REKA & BINA) - TENDER SEMULA

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL TANAH MERAH, KELANTAN (REKA & BINA) - TENDER SEMULA Majlis dengan jayanya diserahkan pada 11hb. Mac 2023 (Sabtu) di Perkarangan Lobi Utama Blok Tambahan Hospital Tanah Merah. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan. Turut sama menyerikan majlis ini adalah Dato' Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan (KKM), Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), Wan Hashim bin Wan Rahim, Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan, Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan (KKM), Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan (JKR), Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Ir. Khairul Nizan bin Khairudin, Pengarah JKR Kesedar, YB. Hilmi bin Abdullah, Timbalan Exco Kesihatan, Dato Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Puteri Nurbaya Mohamed Ismail, Pengarah Hospital Tanah Merah dan Dick Khuzariry bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri. Cadangan bangunan tambahan hospital ini adalah untuk menyokong perkhidmatan di hospital sedia ada. Skop penambahbaikkan termasuk kapasiti katil di hospital pakar klinik servis termasuk operation theatre dan lain-lain kemudahan hospital serta kemudahan penjagaan yang selesa dan kondusif kepada pesakit dan juga kakitangan hospital. Sebanyak 15 jabatan yang terlibat di atas tapak pembangunan yang berkeluasan 8.129 hektar dengan anggaran kapasiti 124 buah katil. Matlamat utama pembinaan bangunan tambahan ini adalah untuk menaik taraf status hospital ini kepada hospital pakar minor servis berikutan rancangan Malaysia ke-9, manakala pada rancangan Malaysia ke-10 adalah menaik taraf hospital ini sebagai hospital pakar utama sehala dengan perkembangan pesat pembangunan servis hospital pakar di KKM dan juga permintaan tinggi di kawasan sekitar.

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today118
Yesterday181
This week912
This month3267
Total379896

26 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search