Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+
tukar dokumen

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PENURAPAN SEMULA LANDASAN TERBANG TUDM DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK, PASIR PUTEH, KELANTAN

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK KERJA-KERJA PENURAPAN SEMULA LANDASAN TERBANG TUDM DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK, PASIR PUTEH, KELANTAN TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA 27 FEBRUARI 2023 (ISNIN) BERTEMPAT DI DEWAN PUTERI, PANGKALAN UDARA GONG KEDAK. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YABrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan selaku Pegawai Penguasa bagi projek ini bersama-sama YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi Bin Hj Mustapha TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara selaku wakil kepada pihak pelanggan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Muhammad Zamani bin Mohd Ali TUDM, Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan, YBrs. Norhaimi bin Mohd Noor selaku Jurutera Elektrik Penguasa Kanan (CFSB), YBrs. Y.M. Tengku Firdaus bin Tuan Lah selaku Jurutera Awam Kanan JKR Unit Tentera Negeri Kelantan dan sebagai Wakil Pegawai Penguasa projek ini, YBrs. Kol. Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM, Komandan Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) dan En. Shariman Yusuf Mohamed Zain, wakil pihak Kontraktor Utama selaku Pengarah Urusan Edgenta Properties Berhad. Projek ini dilaksanakan secara konvensional dalaman menggunakan rekabentuk oleh Pasukan RekaBentuk, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) bagi tujuan menggantikan “premix” sediada yang mengalami kerosakan. Skop projek ini melibatkan penurapan semula dan kerja elektrik di landasan terbang iaitu penurapan semula “runway” sediada, penurapan semula “taxiway” sediada, “runway” dan “taxiway markings”, “Aeronautical Ground Lighting (AGL)” dan “Constant Current Regulator (CCR)”. Tempoh penyiapan kontrak projek ini adalah selama 38 minggu iaitu bermula 14 April 2022 sehingga 11 Januari 2023. Matlamat utama kerja penurapan ini adalah bagi tujuan memastikan keselamatan pesawat-pesawat TUDM ketika berlepas dan mendarat di landasan terbang tersebut.

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today37
Yesterday127
This week958
This month3313
Total379942

27 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search