- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 03 Februari 2021 – JKR Negeri Kelantan hari ini telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan iaitu YBrs. Encik Said bin Sidup bertempat di Bilik Gerakan Aras 2 JKR Negeri Kelantan.
Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kelantan sendiri bersama pegawai dan kakitangan JKR Negeri Kelantan. Tujuan kunjungan tersebut diadakan adalah untuk membina jaringan kerjasama serta memperatkan lagi hubungan yang sedia ada.
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 05 Ogos 2020 - Bengkel Penyediaan Risiko bagi Projek Membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan ( Kerja-Kerja Pembaikan ) Secara Reka Dan Bina telah berlangsung pada 05 Ogos 2020. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu dan dianjurkan oleh Bahagian Jalan JKR Kelantan dengan kerjasama kontraktor utama Usaha Anggun Sdn. Bhd. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Ir. Mohd Suhaili Bin Ismail, Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Kelantan.
Seramai 30 orang peserta yang terlibat dan terdiri daripada Bahagian Jalan JKR Kelantan, JKR Tumpat, JKR Kota Bharu, JPS Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, kontraktor Usaha Anggun dan perunding GR Associates. Selama bengkel tersebut dijalankan, penceramah yang berpengalaman telah disampaikan oleh Puan Norehan dari CPAB Kelantan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi perhatian kepada risiko utama yang memberi impak kepada projek dan langkah-langkah untuk mengatasi risiko yang telah dikenalpasti.
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Ahad, 28 Jun 2020- Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah diadakan bermula pada jam 5.30 petang di Bilik Gerakan, JKR Kelantan.
Ketibaan YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed disambut baik oleh Ir. Haji Zailan Bin Ab. Rahman selaku Pengarah JKR Kelantan bersama Ketua Bahagian dan Jurutera Jajahan. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan projek-projek utama yang telah dilaksanakan di Negeri Kelantan.
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
TUMPAT, 14 Mac 2020 – Lebih 1,000 peserta memenuhi persisiran Pantai Geting, Tumpat, Kelantan bagi pertandingan memancing anjuran Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR Kelantan. Peserta telah dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM40 bagi satu joran.
Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub, selaku Timbalan Yang Dipertua MSK JKR Kelantan. Pertandingan yang bermula seawal pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari ini menyediakan hadiah berjumlah lebih RM8,000 kepada para pemenang sehingga tempat ke - 30 berupa wang tunai.
Selain itu, pihak Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR Kelantan turut menyediakan hadiah cabutan bertuah berjumlah RM10,000 berupa barangan elektrik, satu unit TV LED 45 inci , motosikal Modenas Kriss 110,beserta hamper buat peserta-peserta yang bertuah.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menyertai Pertandingan Memancing anjuran Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR KELANTAN
Pihak Majlis Sukan dan Kebajikan (MSK) JKR Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para peserta yang menyertai pertandingan ini dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang dialami pada hari tersebut.
Sila klik pautan dibawah
https://photos.app.goo.gl/DV8FxS258G4A7qTj7
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
11.03.2020: Kursus Amalan Terbaik Penyeliaan Kerja Bangunan (Modul 1) untuk Penolong Jurutera Awam, Zon Timur Sesi 1/2020 telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 09 Mac 2020 sehingga 11 Mac 2020. Kursus tersebut telah diadakan di Rumah Puspanita,JKR Kelantan dan dianjurkan oleh pihak CREaTE. Seramai 47 orang peserta yang terlibat dan terdiri dari JKR Kelantan dan JKR Terengganu. Selama kursus tersebut dijalankan, 2 orang penceramah yang berpengalaman luas telah dijemput iaitu Ir.Rosiah Binti Abu Samah dan Ir. Mohd Hafiz Bin Shafie.
Kursus tersebut merangkumi 10 sesi antaranya adalah:
Sesi 1: Pengenalan kepada penyeliaan kerja-kerja bangunan di tapak bina
Sesi 2: Peranan dan tanggungjawab PP ,WPP dan PTB
Sesi 3: Kesedaran kepada Kebenaran Merancang (KM) dan Certificate of Completion and Compliance (CCC)
Sesi 4: Pematuhan kepada SPB dan Spesifikasi JKR
Sesi 5: Pemantauan dan pengawalan kemajuan kerja menggunakan program kerja ( CPM)
Sesi 6: Pengurusan risiko
Sesi 7: Ujian-ujian di tapak bina
Sesi 8: Penyeliaan dan pengawasan kualiti kerja di tapak bina
Sesi 9: Lawatan tapak
Sesi 10: Perbincangan kumpulan dan penyediaan slide pembentangan
Sila klik pautan dibawah
https://photos.app.goo.gl/C7WRgmtstLrdLRff9