Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Tuan Hj. Alias Bin Adam, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pasukan Projek Persekutuan 2, JKR Negeri Kelantan yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 24 Februari 2020.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 01 Oktober 1983 sebagai Jurutera Awam dan ditempatkan di KKRM, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga 1993. Seterusnya, beliau turut ditempatkan di Cawangan Kerja Tentera JKR Kelantan pada tahun (1993-1999) dan ditempatkan di Ibu Pejabat KKM (Kader) - Bahagian Perancangan dan Pembangunan (1999-2004). Pada tahun 2004, beliau ditempatkan di Jabatan Kerja Raya Pembangunan Persekutuan  Negeri Kelantan. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Cawangan Kerja Keselamatan Kuala Lumpur di Projek Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau ditempatkan di Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (Pengurusan Senggara Tengah/Timur), Sektor Kejuruteraan Senggara Ibu Pejabat Kuala Lumpur dan ditukarkan ke Cawangan Kerja Keselamatan Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Pada tahun 2011, beliau ditempatkan di JKR Jajahan Kota Bharu dan seterusnya di Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur pada tahun 2012. Pada tahun 2015, beliau berkhidmat di Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur bagi Projek Hospital Kuala Krai, Kelantan. Akhir sekali, beliau ditukarkan ke Pasukan Projek Persekutuan 2, Ibu Pejabat JKR Kelantan sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan pada tahun 2017 sehingga bersara pada 24 Februari 2020.

Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014 semasa berada di Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur dan beliau juga telah dianugerahkan Bentara Setia Mahkota Kelantan-Al Ibrahim IV.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang cemerlang kepada JKR dan negari Kelantan. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa dan dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada tanggal 30 Januari 2020, Khamis, JKR Negeri Kelantan telah mengadakan Hari Kecemerlangan JKR Negeri Kelantan. Majlis tersebut telah bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 2.30 petang dan diadakan di Dewan Teratai, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.  Majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan JKR Negeri Kelantan yang telah banyak memberi sumbangan kepada jabatan. Di samping itu, Hari Kecemerlangan JKR Negeri Kelantan juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. 

Majlis dimulakan dengan ketibaan YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman selaku Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur Ibu Pejabat JKR Malaysia diiringi oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Kelantan,  Ir. Zailan Bin Ab. Rahman serta urusetia majlis berarak masuk ke dewan. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Malaysia Bersih serta bacaan doa yang telah dipimpin oleh Encik Ahmad Fadzlan Bin Mokhtar bagi memberkati Hari Kecemerlangan JKR Negeri Kelantan.

Di samping itu, majlis diserikan lagi dengan tayangan video bagi mengenang jasa serta kejayaan yang dicapai  oleh pegawai dan kakitangan JKR Negeri Kelantan. Majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai yang bersara, bertukar, kumpulan-kumpulan KIK, Juara Pasukan Badminton Sukan Semalaysia JKR Malaysia serta Tokoh-Tokoh Pejabat oleh YBhg. Dato' Ir. Hj Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman dan diiringi oleh Tuan Pengarah JKR Negeri Kelantan. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada YBhg. Dato' Ir. Hj Mohamad Zulkefly dan Ir. Zailan Bin Ab. Rahman.

 

 

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. Nik Mohd Manan Bin Wan Abdul Majid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Pasukan Projek Persekutuan 1, JKR Negeri Kelantan yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 21 Januari 2020.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 12 September 1983 dan ditempatkan di Unit Jambatan, Cawangan Rekabentuk & Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur sebagai Jurutera Awam (1983-1985). Seterusnya, beliau turut ditempatkan di Projek Lebuhraya Timur-Barat Fasa 2, dari Jeli ke Pasir Putih, Kelantan sebagai Penolong Jurutera Tempatan (1985-1988) dan Projek Jambatan Pasir Mas-Salor,Kelantan (1988-1991). Pada tahun 1991-1999, beliau ditempatkan di Bahagian Bangunan, JKR Kelantan sebagai Jurutera Awam dan ditukarkan ke Bahagian Jalan, JKR Kelantan pada tahun 1999-2004.

Selain itu, beliau berkhidmat di Unit Teknikal JKR, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan sebagai Jurutera Awam Kanan (2004-2005). Beliau berkhidmat sebagai Pengarah di Unit JKR Kesedar, Kelantan pada tahun 2005-2008. Pada tahun 2009-2011,  beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Infrastruktur, Kementerian Luar Bandar, Putrajaya. Selain itu, beliau bertugas sebagai Jurutera Awam Penguasa di Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada tahun 2011-2014. Sebagai Jurutera Daerah pada tahun (2014-2015) di JKR Daerah Lipis, Pahang. Beliau ditukarkan ke Pasukan Projek Persekutuan, JKR Kelantan sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan pada tahun 2015 sehingga bersara pada 21 Januari 2020.

Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2003 semasa berada di Bahagian Jalan JKR Negeri Kelantan.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT. Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan selamat bersara.

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ir. Zaidi Bin Ibrahim, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Jalan, JKR Negeri Kelantan yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 07 Januari 2020.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980 dan bersara wajib di JKR Negeri Kelantan pada 07 Januari 2020. Sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1993, 2005, 2014 dan 2017.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT. Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan selamat bersara.

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KELANTAN, 20 NOVEMBER 2019 - JKR Kelantan yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan), Encik Mohd Khalis SYafiq Bin Mohamad Nor menziarahi dan memberi sumbangan kepada beberapa orang kakitangan JKR Kelantan yang uzur dan ditimpa musibah. 

Sumbangan telah diberikan kepada Tuan Man iaitu kakitangan dari Bahagian Pentadbiran JKR Kelantan yang mengalami keuzuran. Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada kakitangan JKR Jajahan Tumpat dan pesara JKR Kelantan ekoran kebakaran rumah kediaman di Kampung Laut. Diharap dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka.

 

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 13 March 2025, 10:30:28.

Kaunter Pelawat

Today68
Yesterday60
This week299
This month128
Total426587

02 April 2025
© Copyright 2025 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search