- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
PASIR MAS, 15 Oktober 2019 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas, Kelantan pada 15 Oktober 2019 (Isnin). Majlis mula berlangsung pada 10.00 pagi.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Dzarif Bin Yaacob selaku Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ir. Nik Manan Bin Wan Abdul Majid selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Persekutuan JKR Kelantan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YBhg. Dato' Hj. Dusuki Bin Ya'acoub selaku Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri.
Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya Pasukan Projek Persekutuan JKR Kelantan sebagai wakil Pegawai Penguasa dan kepada pihak kontraktor Mansashi Sdn. Bhd serta semua pihak yang terlibat serta individu sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan.
Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tandatangan sijil penyerahan projek dan juga penyerahan kunci oleh Ir. Nik Manan Bin Wan Abdul Majid selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Persekutuan JKR Kelantan kepada YBhg. Dato' Hj. Dusuki Bin Ya'acoub selaku Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri.
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
JKR KELANTAN, 09 Oktober 2019 - Bahagian Pengurusan Korporat telah mengadakan Majlis Pelancaran Program EKSA DIY Peringkat JKR Negeri Kelantan bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih meluas kepada pegawai dan kakitangan JKR. Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj Nik Soh Bin Yaacoub selaku Penaung EKSA DIY JKR Negeri Kelantan. Majlis telah diadakan di Bangunan Puspanita JKR Kelantan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu Negeri Kelantan "Selamat Sultan". Acara turut diselangi dengan bacaan doa, ucapan perasmian oleh Tn. Hj Nik Soh Bin Yaacoub, Gimik Pelancaran EKSA DIY Peringkat Ibu Pejabat JKR Negeri Kelantan 2019, sesi bergambar dan makan pagi.
Rujuk https://photos.app.goo.gl/LT5appLLhbkgqDa2A
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
JKR KELANTAN - Pada 25 September 2019 (Rabu), telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan YBhg. Dato' Ir. Hj. Razani Bin Ab. Lazid, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.
Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah selepas 5 tahun berbakti di Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. Pada majlis tersebut, pelbagai aturcara telah dilaksanakan bagi meraikan Dato Pengarah, antaranya ialah aerobik, sepak raga bagi lelaki, persembahan dikir barat, sesi pemotongan kek, penyampaian cenderahati dan sijil, jamuan makan serta tayangan video.
Pada 26 September 2019 (Khamis) juga telah diadakan sesi lawatan terakhir oleh beliau ke setiap Bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan serta sesi clock out beliau. Seluruh Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Ir. Hj. Razani Bin Ab. Lazid, atas sumbangan, jasa, khidmat bakti serta komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di JKR Kelantan.
Rujuk https://photos.app.goo.gl/p8igKWQAQvjqNmJQ6
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Pasir Mas, 19 September 2019 - Majlis Penyerahan Projek Jalan Pasir Mas ByPass Fasa 2 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, Khamis 19 September 2019. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah JKR Kelantan, YBhg. Dato' Ir. Hj. Razani Bin Ab Lazid serta semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini. Perlaksanaan projek Jalan Pasir Mas ByPass Fasa 2 telah bermula pada 19 Januari 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2019.
Projek Jalan Pasir Mas ByPass Fasa 2 merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. Bandar Pasir Mas merupakan bandar yang terletak di tebing Sungai Kelantan. Selain itu, bandar Pasir Mas dihubungkan oleh Jalan Persekutuan 003 dan Jalan Persekutuan sedia ada di lokasi Bulatan Pasir Mas–Salor–Rantau Panjang dan Jambatan Sedia Ada Pasir Mas–Salor.
Sila rujuk https://photos.app.goo.gl/2guwFJoSkLDrUQro7
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 1 OGOS 2019 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir tiba di Kota Bharu sempena siri Lawatan Kerja Rasmi Ke Negeri Kelantan Darul Naim. Destinasi pertama lawatan beliau adalah ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan dan ketibaan YB Timbalan Menteri disambut oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Kelantan, Ybhg. Dato’ Ir. Haji Razani Ab. Lazid bersama para pegawai dan kakitangan JKR Kelantan. YB Timbalan Menteri turut berkesempatan melawat ke beberapa cawangan dan sesi ramah mesra turut diadakan bertujuan untuk mendengar pendapat dan cadangan dari Warga Kerja Raya Negeri Kelantan yang hadir pada pertemuan ringkas tersebut di Rumah Puspanita JKR Kelantan.
Rujuk https://photos.app.goo.gl/HtnsffQUJ73gFoD47