Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) PASIR MAS KELANTAN

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PASIR MAS, 15 Oktober 2019 - Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas, Kelantan pada 15 Oktober 2019 (Isnin). Majlis mula berlangsung pada 10.00 pagi.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Dzarif Bin Yaacob selaku Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ir. Nik Manan Bin Wan Abdul Majid selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Persekutuan JKR Kelantan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YBhg. Dato' Hj. Dusuki Bin Ya'acoub selaku Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri.

Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya Pasukan Projek Persekutuan JKR Kelantan sebagai wakil Pegawai Penguasa dan kepada pihak kontraktor Mansashi Sdn. Bhd serta semua pihak yang terlibat serta individu sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Kelantan.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan tandatangan sijil penyerahan projek dan juga penyerahan kunci oleh Ir. Nik Manan Bin Wan Abdul Majid selaku Jurutera Awam Penguasa Kanan Pasukan Projek Persekutuan JKR Kelantan kepada YBhg. Dato' Hj. Dusuki Bin Ya'acoub selaku Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri.

 

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today83
Yesterday149
This week654
This month3619
Total376325

28 March 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search