Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+
Previous Next

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 22 Mei 2022 – Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat JKR Kelantan Tahun 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Utama, JKR Jajahan Kota Bharu. Majlis ini merupakan satu usaha kolaborasi antara JKR Kelantan bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan.
Lafaz ikrar bebas rasuah JKR Kelantan telah diketuai oleh YABrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah JKR Kelantan dan disaksikan oleh YABrs. KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan dan beberapa orang pegawai SPRM.
Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi dan warga kerja JKR Kelantan. Ikrar dan janji ini dilakukan secara sukarela atas kapasiti sebagai warga kerja JKR Kelantan yang komited dalam memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah serta menjauhi perlakuan rasuah selama memegang jawatan yang diamanahkan.
Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan JKR Kelantan telah mengangkat lafaz IBR pada tahun ini.

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Tanah Merah - Pada 20 Mac 2022 telah diadakan Majlis Perasmian & Penyerahan Projek Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang & Bangunan Gantian 1 Blok, 10 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamad Yaakob, Tanah Merah. Majlis perasmian tersebut turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed dan dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan JKR Malaysia, Ir Maria Binti Marcus & Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR Malaysia, Ir Dr Balamurugan.

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

RALAT: NOTIS SEBUT HARGA

1. Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 (TOTAL LOCKDOWN) 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.Terdapat pindaan bagi notis sebut harga rujukan no sebut harga JJ/JKR//J/J/02/2021 dan JJ/JKR//J/J/03/2021 bertarikh 10 Jun 2021. Arahan yang terdapat di para 2, para 3 dan para 4 bagi notis sebut harga tersebut adalah DIBATALKAN.

2. Kontraktor dikehendaki membuat pendaftaran atas talian (online) dengan mengisi kehadiran di Google form bermula 23/06/2021 (Rabu) jam 10.00 pagi sehingga 24/06/2021 (Khamis) jam 10.00 pagi di capaian berikut: https://forms.gle/dpSZw85jDx72as9K9 bagi no sebut harga JJ/JKR//J/J/02/2021 dan https://forms.gle/YhFyrUpajJEDzD7r9 bagi no sebut harga JJ/JKR//J/J/03/2021 dan kontraktor juga boleh membuat imbasan QR Code di bawah Pendaftaran sebelum dan selepas tarikh serta masa yang ditetapkan TIDAK akan diterima.

3. Dokumen sebut harga boleh di muat turun secara percuma melalui aplikasi Telegram channel: JKR_JELI@Official pada 24/06/2021 (Khamis) jam 11.00 pagi sehingga 01/07/2021 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.

4. Kontraktor yang ingin menyertai sebut harga juga dikehendaki menyertakan Wang Pos/Kiriman Wang Pos/Draf Bank bernilai RM10.00 (Ringgit: Sepuluh Sahaja) yang dibuat di atas nama Pengarah Jkr Kelantan kepada Bahagian Pentadbiran & Kewangan JKR Jajahan Jeli dan dihantar Bersama Dokumen Sebut Harga.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan sebut harga ini sila emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PEJABAT JURUTERA JAJAHAN JKR JELI

13 Jun 2021

 

MEMO PINDAAN SEBUTHARGA.

 

 

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pengarah JKR Negeri Kelantan, YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Shahidani bin Abd Aziz (S.P.S.K), Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan di atas segala sokongan padu dan kerjasama erat yang telah diberikan kepada JKR Negeri Kelantan.

Pada kesempatan ini, Pengarah JKR Negeri Kelantan, YBrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail menzahirkan ucapan tahniah dan selamat bersara kepada YBhg. Dato’ Shahidani bin Abd Aziz (S.P.S.K), Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 28 Mac 2021 bersamaan 14 Syaaban 1442H.

Semoga YBhg. Dato’ Shahidani bin Abd Aziz (S.P.S.K) dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya 
YBhg. Dato’ Shahidani bin Abd Aziz (S.P.S.K) dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

 

 

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 15 Mac 2021 - Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Menara Radar Cuaca bagi Peningkatan Kecekapan Sistem Rangkaian Radar Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia di Kota Bharu, Kelantan. Penyerahan projek ini disempurnakan oleh YBrs Jurutera Jajahan JKR Kota Bharu kepada YBrs En. Maqrun Fadzli Bin Mohd Fahmi, Pengarah Bahagian Radar dan Satelit & Mateorologi Malaysia. Penghargaan dan ucapan Tahniah kepada seluruh warga kerja yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan projek ini.

Projek ini Berjaya disiapkan dan diserahkan secara 4 dalam 1 yang merangkumi:

1)            Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)

2)            Lukisan Siap Bina (As-Built)

3)            Penyata Akuan Muktamad (SOFA)

4)            Penjimatan Kos Projek

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 13 March 2025, 10:30:28.

Kaunter Pelawat

Today72
Yesterday60
This week303
This month132
Total426591

02 April 2025
© Copyright 2025 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search