Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+
Previous Next

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat JKR Kelantan Tahun 2022

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 22 Mei 2022 – Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat JKR Kelantan Tahun 2022 telah diadakan bertempat di Dewan Utama, JKR Jajahan Kota Bharu. Majlis ini merupakan satu usaha kolaborasi antara JKR Kelantan bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan.
Lafaz ikrar bebas rasuah JKR Kelantan telah diketuai oleh YABrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Pengarah JKR Kelantan dan disaksikan oleh YABrs. KPKPj Rosli bin Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan dan beberapa orang pegawai SPRM.
Objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh barisan kepimpinan tertinggi dan warga kerja JKR Kelantan. Ikrar dan janji ini dilakukan secara sukarela atas kapasiti sebagai warga kerja JKR Kelantan yang komited dalam memastikan tugas dilaksanakan dengan amanah serta menjauhi perlakuan rasuah selama memegang jawatan yang diamanahkan.
Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan JKR Kelantan telah mengangkat lafaz IBR pada tahun ini.

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Wednesday 20 November 2024, 11:09:17.

Kaunter Pelawat

Today252
Yesterday189
This week938
This month3220
Total409492

21 November 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search