Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
Lawatan Pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau, Venue Utama SUKMA Kelantan Dijangka Bermula Awal Tahun 2023
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Pasir Puteh, 8 Ogos 2022 - Satu lawatan ke tapak Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh oleh Pengarah JKR Negeri Kelantan, Ir Mohd Suhaili Bin Ismail bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB. Haji Wan Roslan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ybhg. Dato Haji Zamri, dan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Tuan Haji Ahmad Adlee telah diadakan pada petang semalam.
Antara intipati lawatan kerja tersebut adalah tender bagi kompleks ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut komponen-komponen kemudahan yang ada di situ. Kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau ini menelan belanja berjumlah RM256 juta.
Komponen-komponen kemudahan yang akan disediakan di Kompleks Sukan Bukit Merbau adalah Stadium Utama berkapasiti 20,000 penonton yang mengandungi bola sepak dan trek olahraga, Arena Tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton dengan gelanggang pelbagai guna, Stadium Hoki dengan astaka yang berkapasiti 500 penonton serta 2 padang, Pusat Skuasy dengan kapasiti 100 penonton dengan 8 gelanggang skuasy dan 1 gelanggang skuasy mudah alih, Gelanggang Lawn Bowl berbumbung dengan kapasiti 200 penonton dengan 2 gelanggang lawn bowl dan Lapang Sasar Menembak dengan kapasiti 100 penonton dengan kemudahan Indoor Shooting - 30 meter (30 lorong), dan Outdoor Shooting - 25 meter & 50 meter (15 lorong).
Pembinaan kompleks ini dijangka bermula pada awal tahun 2023 dan akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2025. Pelaksanaan pembinaan ke semua projek infrastruktur ini akan dipantau rapat oleh Unit Penyelerasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan pembinaanya mengikut jadual yang ditetapkan, khususnya untuk kegunaan semasa temasya SUKMA Kelantan 2026.