MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KLINIK KESIHATAN KK7
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP KLINIK KESIHATAN
i. KLINIK KESIHATAN (JENIS 7 TERATAI) JOH, MACHANG, KELANTAN
ii. KLINIK KESIHATAN (JENIS 7 TERATAI) SUNGAI KELADI, PASIR MAS, KELANTAN
iii. KLINIK KESIHATAN (JENIS 7 TERATAI) TELOK JERING, TUMPAT, KELANTAN
10 Oktober 2022, Isnin - Majlis Penyerahan Projek Siap Klinik Kesihatan KK7 Joh, Machang, KK7 SG. Keladi, Pasir Mas dan KK7 Telok Jering, Tumpat telah diadakan pada 10 Oktober 2022 bertempat di Klinik Kesihatan Joh, Machang.
Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Joh, Machang ini dibina di tapak bersebelahan klinik sediada. Ia dilaksanakan oleh kontraktor utama WARISAN TAQWA SDN. BHD dengan kos asal kontrak sebanyak RM 5,199,339.00. Tarikh milik tapak bagi projek ini adalah pada 20 Januari 2020. Projek ini telah berjaya disiapkan dan telah mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 13 Julai 2022 dan berjaya disiapkan lebih awal (3 hari) dari tarikh siap semasa dan dengan penjimatan sebanyak RM 1,061.60.
Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Sungai Keladi, Pasir Mas ini dibina di atas tapak baharu bersebelahan klinik asal. Ia dilaksanakan oleh kontraktor utama PRIMA CANGGIH SDN BHD. dengan kos asal kontrak sebanyak RM 5,175,751.50. Tarikh milik tapak bagi projek ini adalah pada 13 Januari 2020. Projek ini telah berjaya disiapkan dan telah mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 28 Jun 2022 dan dengan penjimatan sebanyak RM 200,000.00.
Manakala Projek Klinik Kesihatan (Jenis 7 Teratai) Telok Jering, Tumpat ini juga dibina di atas tapak baharu bersebelahan klinik asal. Ia dilaksanakan oleh kontraktor utama MINDAGANG RESOURCES SDN. BHD dengan kos asal kontrak sebanyak RM 5,356,356.00. Tarikh milik tapak bagi projek ini adalah pada 20 Januari 2020.
Projek ini juga telah berjaya disiapkan dan telah mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 22 September 2022 dan dengan penjimatan sebanyak RM220,000.00. Ketiga-tiga projek ini dapat diserahkan secara 5 dalam 1 iaitu CPC, SOFA, Lukisan Terbina, Serahan 33 item dan Penjimatan.