Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP BAGI PEMBINAAN KEM WAWASAN NEGARA PASIR MAS, KELANTAN

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PASIR MAS, 01 November 2023 : Satu Majlis Penyerahan Projek Siap kepada Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead) bagi projek Pembinaan Kem Wawasan Negara Pasir Mas, Kelantan telah berlangsung di Tapak Projek.

Majlis telah disempurnakan oleh YABrs. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Ir. Mohd Suhaili bin Ismail kepada Ketua Pengarah, Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead) Tuan Hj. Mohd Haswandi Bin Hj. Ahmad

Turut menyerikan majlis ialah:

-YBhg. Dato’ Hj. Noor-Ihsan Bin Hj. Che Mat
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead)

- Yang Berusaha Ts. Mohd Sabry Bin Che Musa
Jurutera Jajahan JKR Pasir Mas

-Yang Berusaha Encik  Ahmad Khairuddin Bin Mohammed
Ketua Kem Wawasan Pasir Mas

-Yang Mulia Tengku Azman Bin Tuan Jaffar
Pengarah Urusan, Prima Canggih Sdn. Bhd. sebagai Kontraktor Utama Projek

Pegawai-pegawai dari Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead), Pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, Pegawai-pegawai dari JKR Negeri Kelantan dan JKR Jajahan Pasir Mas serta wakil-wakil dari Pihak Nominated Sub-contractor (NSC)

Projek Pembinaan Kem Wawasan Negara Pasir Mas, Kelantan ini dilaksanakan secara Tender Terbuka.  Kontraktor yang berjaya adalah syarikat  Prima Canggih Sdn. Bhd.  Majlis pada pagi ini merupakan simbolik kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat di atas kejayaan bersama dalam menyiapkan projek.

Penyiapan projek ini akan memberikan makna yang besar kepada pihak I-Lead, selaku sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. I-Lead telah merancang pelbagai program latihan kepada pihak-pihak institusi serta belia, terutama bagi zon negeri Kelantan dan semoga dengan siap dan serahnya projek kem ini, akan dapat menterjemahkan segala perancangan yang telah diatur.

Oleh yang demikian, kami di JKR Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan atas kerjasama semua pihak yang telah berusaha untuk menyiapkan projek ini.

 

penyerahan

penyerahan

penyerahan

penyerahan

penyerahan

penyerahan

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today153
Yesterday174
This week447
This month1884
Total382475

14 May 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search