Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kota Bharu, 30 November 2023 Hari ini telah berlangsungnya satu Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, Ir. Hj. Nik Soh Bin Yaacoub kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Dato’ Dr. Zaini Bin Hussin.
 
Turut menyerikan majlis ialah:
- Yang Berusaha Logarajah A/L G Subramaniam
Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia
- Yang Berusaha Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar
Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, JKR Malaysia
- Yang Berusaha Hj. Mohammad Azman Bin Ismail@Awang
Jurutera Awam Penguasa, Pasukan Projek Persekutuan Negeri
- Yang Berusaha Tn. Shamsul Aswadi Bin Muhammad
Pengarah Projek, Uritec Team (M) Sdn. Bhd.
Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia serta Wakil-wakil dari Kontraktor Utama.
 
Projek yang dilaksanakan secara konvensional tender terbuka ini terdiri daripada Bangunan Utama dan Blok Sokongan yang mengandungi ruang berikut :-
1. Klinik Kesihatan (Jenis 3)
2. Kuarters Kelas 2G & 2F (4 Unit)
3. Pondok Pengawal
4. Stor
5. Pencawang TNB
6. Rumah Pam
7. Garaj Ambulans
8. Rumah Sampah
9. Menara Tangki Air
 
Penyiapan projek ini akan memberikan manfaat yang besar kepada penduduk sekitar Kok Lanas, Kota Bharu serta memberikan keselesaan kepada kakitangan klinik dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat di Negeri Kelantan ini. Oleh yang demikian, kami di JKR Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.
 
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan atas kerjasama semua pihak yang telah berusaha untuk menyiapkan projek ini.
 
penyerahan
penyerahan
penyerahan
penyerahan
penyerahan
penyerahan
penyerahan
 
 
 
 

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today40
Yesterday166
This week206
This month3639
Total380268

29 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search