Skip to main content

Program CSR Bersama Belati Wangsa

TUMPAT, 28 Disember 2024: Belati Wangsa (M) Sdn Bhd dengan usahasama JKR Negeri Kelantan telah menyempurnakan misi bantuan banjir di Jajahan Tumpat, Kelantan.
Pengarah JKR Negeri Kelantan, YABrs. Ir. Hj. Nik Soh bin Yaacoub turut sama turun padang mengagihkan barangan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir.
Penghantaran dan pengagihan barangan kepada mangsa banjir bertujuan untuk meringankan beban dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan.
Keprihatinan dan usaha bersama ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa yang terkesan akibat banjir, serta memberikan semangat baru kepada mereka untuk terus bertahan dan bangkit semula.
Selain itu, kerja-kerja pembersihan dan mengecat semula juga dilakukan di Surau Hj Lah, Kg Palas Merah, Mukim Telaga Bata, Jajahan Tumpat Kelantan.
Ikuti media sosial rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan untuk informasi terkini.