Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
   
 
Warna Cyan   Warna Biru   Warna Unggu      
msen
A- A A+
Previous Next

PROGRAM CAKNA KESIHATAN KAKITANGAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) NEGERI KELANTAN TAHUN 2022

Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

JKR Negeri Kelantan telah menganjurkan Program Cakna Kesihatan Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan Tahun 2022 dengan kerjasama daripada Hospital Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Dr. Nur Suhaila binti Datuk Idris, Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia.

Program ini diadakan pada 19 Oktober 2022 bertempat di Rumah PUSPANITA, JKR Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKR Negeri Kelantan, YABrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail. Antara pengisian program, ceramah bertajuk “Cakna Saringan Kesihatan” yang telah disampaikan oleh Dr. Norhayati bt. Mohamad, Pegawai Perubatan Unit Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia. Ceramah yang disampaikan berkisar kepada kepentingan penjagaan kesihatan di dalam kehidupan seharian, terutama dari segi pemilihan pemakanan. Beliau turut menekankan kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya kesihatan diabaikan, seperti terkena serangan jantung, diabetis, dan mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Ceramah bagi sesi kedua pula disampaikan oleh Dr. Nur Suhaila binti Datuk Idris, Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia yang bertajuk “Nafas Baru”. Beliau menekankan bahayanya aktiviti merokok kepada kesihatan badan. Beliau turut memaklumkan bahawa akhir-akhir ini, aktiviti merokok telah ditukar kepada aktiviti menghisap ‘vape’ yang mana aktiviti tersebut tersangatlah bahaya kepada perokok. Aktiviti menghisap ‘vape’ telah merebak kepada golongan remaja. Ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memantau aktiviti anak- anak.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan turut dilakukan sepanjang program ini berlangsung. Antara saringan ujian yang dilakukan, tekanan darah tinggi, BMI, diabetis dan juga perkhidmatan kaunseling. Seramai 190 orang kakitangan JKR Negeri Kelantan telah menyertai program ini. JKR Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberi kesedaran yang berterusan bagi menjamin kesihatan yang berpanjangan dan hidup yang berkualiti. Dan ingatlah bahawa 'prevention is better than cure'. Oleh itu, amalkan gaya hidup yang sihat secara konsisten dan berterusan agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan.

Hubungi Kami

Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan
Jalan Kuala Krai,
15050, Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7455800
Fax : 09-7447877
Web: http://jkr.kelantan.gov.my
Email: jkrkelantan[at]kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

 

  • Dikemaskini pada: Thursday 21 March 2024, 08:57:55.

Kaunter Pelawat

Today112
Yesterday167
This week549
This month2904
Total379533

24 April 2024
© Copyright 2024 Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Search