MAJLIS PENYERAHAN PROJEK GANTIAN PENUH SATU BLOK 1 BD PRA-SEKOLAH & MEMBEKAL PERALATAN SERTA LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK PULAU BELURU, TUMPAT, KELANTAN
- Tag SPLWPK: <i splwpk-tag=splwpk-tag></i>
Tumpat 6 November 2022 - Majlis Penyerahan Projek Gantian Penuh Satu Blok 1 BD Pra-Sekolah & Membekal Peralatan Serta Lain-Lain Kemudahan Di SK Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 6 November 2022 (Ahad) bertempat di SK Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan.
Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Jurutera Jajahan JKR Tumpat, Ir. Mohd Asrul Farizul bin Ab Adzi kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, JPN Kelantan,Tuan Hj. Mat Lazim bin Mohammad. Turut sama menyaksikan majlis penyerahan ini adalah Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Hj. Rusydee bin Abdullah, Pengarah JKR Negeri Kelantan, YABrs. Ir. Mohd Suhaili bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, PPD Tumpat, Encik Mohd Zaid bin Zakaria, Guru Besar SK Pulau Beluru, Encik Mohd Azman bin Husain serta pegawai-pegawai dari agensi kerajaan yang terlibat.
Projek ini dilaksanakan secara Konvensional dangan harga kontrak asal sebanyak RM793,060.00. Tempoh penyiapan kontrak asal projek ini adalah bermula 4 Januari 2021 hingga 6 Oktober 2022.Skop projek adalah merangkumi:
a) Kerja-Kerja Meroboh Bangunan Sedia Ada
b) Kerja-Kerja Asas Pad
c) Bangunan Pra Sekolah
d) Kerja-Kerja Mekanikal
e) Kerja-Kerja Elektrik
f) Kerja-Kerja Luar
Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada JKR Jajahan Tumpat dan pihak kontraktor iaitu Encik Mustafar bin Ab Ghani dan kepada semua pihak yang telah terlibat dan berusaha gigih serta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyiapan projek ini. Semoga dengan siapnya bangunan ini ianya dapat memberi keselesaan kepada pelajar khususnya pelajar PRA serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi pelajar dan guru.